aisitheru

Tuesday 20 November 2012

KUNCI KELEMAHAN ISRAEL LAKNATULLAH !!

ex. : ketika rombongan Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid~ setelah melihat sebentar, lalu tentera Israel itu langsung pergi~ maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan~

"..saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid.." kata tentera Israel itu~ Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "..kenapa~?.." dia pun menjawab "..di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis.." Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat SUBUH BERJEMAAH di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu ISRAEL akan HANCUR~.." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit~ maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami.." 

*ALLAHUAKBAR, jom solat subuh berjemaah ramai ramai saudara islamku.

Tuesday 16 August 2011

(♂♀) 20 CARA WAT KAN ROOMATE ANDA GILE ☺

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

*agak2 sape yg brani wat ??*




Saturday 6 August 2011

ibu!!!

tibe2 dimalam ramadhan ni aku teringat kat mak aku pulak...
bile berjauhan mudah sangat aku rase rindu kat mak dan ayah aku...
pe ar agak nya mak dan ayh aku tgh buat ea skg ni???
bez nya kalu skg ni aku dapat berbuka puasa dengan keluarga aku...
walaupun berjauhan tapi aku tetap ingat tok mendoakan kedua insan yang amat penting dalam hidup aku...
PUISI BUAT BONDA DAN AYAHANDA
 
hati seorang ibu,
 semasa kecil anak ku,
 kau menangis meronta-ronta kelaparan,
 di tengah khalayak,
 tangisan semakin nyaring kedengaran,
wahai anak,
di tengah khalayak,
tidak apalah.
ibu campak kan malu ,
menyusukan anak ku.
supaya anak tidak lagi kelaparan

hati seorang ibu, 
anak.
kau mahu kesekolah,
ibu mahu kau memiliki serba baru,
namun tidak ibu mampu,.
kau menangis apabila kehendak tidak dipenuhi.
senyap ibu menangis.
ibu janji,
akan membelikan untuk anak. 

segala keinginan ibu penuhi,
untuk anak yang dicintai.
anak tanya dirimu.
apa bakti mu untuk ibu.
tidak ibu pinta segunug emas dan mutiara.
juga bukan ibu damba selautan kemewahan.j
adi lah insan beriman dan berilmu.
yang membantu ibu meniti sirat.
kerana.k
au anak ibu
amanah ibu.

rahsia solat sunat terawih

Salam...
korg semua wt pe pas berbuka td????
adakah korg sudah solat????
atau korg tersandar kat dinding kerana perut korg da penuh dengan makanan waktu berbuka tadi????hehe
mesti ramai di antara kita yang pergi masjid atau surau tok mengerjakan solat sunat terawih kan???ehhe
sape yg pergi terawih 2 bagus la...
terus kan lah....
nak tau x kelebihan terawih mengikut malam nya???


Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana phala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut


Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Friday 5 August 2011

indahnya seorang wanita

   Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
   Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan daripadanya.
  Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.

  Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

  Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.
  Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah SWT akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah SWT.

  Barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  Barangsiapa yang membawa hadiah, contohnya barang-barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuan, dia seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
    Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun lebih awal)
  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

  Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Aku bertanya lagi, siapa pula yang berhak terhadap lelaki? Baginda menjawab, "Ibunya".

  Apabila kedua-dua ibubapa memanggilmu, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan beristighfar kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, pintu-pintu neraka akan tertutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  Syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu.

  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

  Barangsiapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan ataupun 2 anak perempuan ataupun 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya balasan syurga.

  Daripada Aisyah RA. " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

SEMUA INI ADALAH HADIS RASULULLAH SAW TENTANG WANITA....OLEH YANG DEMIKIAN BERBAHAGIALAH SEMUA WANITA BERIMAN KERANA ALLAH SWT TELAH MENGANGKAT
DARJAT KITA SETINGGI-TINGGINYA.

Monday 1 August 2011

nak tau 1 rahsia x????

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.

2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dam menjalani ibadah puasa..

Friday 29 July 2011

rahsia RAMADHAN

 SALAM...
bulan ramadhan hampir tiba...
pe perasaan korg tok menyambut ramadhan kali ini???
adakah gembira??? adakah membebankan???
pe agk nya plan korg ea menjelang bulan yg mulia ni kan???
diharap kan semua dapat menjalani bulan yg mulia lagi barakah ini dengan  rasa kesyukuran kerana masih berpeluang berjumpa dengan ramadhan kali ini...
lakukan amal ibadah dengan rase keimanan dan menganggap ramadhan tahun ini merupakan ramadhan kite yg terakhir...ini akan menjadikan kite lebih fokus dan lebih tawaduk untuk menyambung ramadhan...

 kat sini saya nak kongsikan sesuatu yg menarik tentang ramadhan...
Rasullah pernah bersabda : barang siapa yg mengetahui kelebihan bulan ramadhan ini nescaya mereka ingin berpuasa selama sebulan...

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
>Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya...


P/S : diharapkan bulan ramadhan kali ini lebih baik dari bulan ramadhan yg lepas...




         SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!