aisitheru

Friday, 5 August 2011

indahnya seorang wanita

   Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
   Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan daripadanya.
  Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.

  Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

  Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.
  Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah SWT akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah SWT.

  Barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  Barangsiapa yang membawa hadiah, contohnya barang-barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuan, dia seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
    Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun lebih awal)
  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

  Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Aku bertanya lagi, siapa pula yang berhak terhadap lelaki? Baginda menjawab, "Ibunya".

  Apabila kedua-dua ibubapa memanggilmu, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan beristighfar kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, pintu-pintu neraka akan tertutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  Syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu.

  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

  Barangsiapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan ataupun 2 anak perempuan ataupun 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya balasan syurga.

  Daripada Aisyah RA. " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

SEMUA INI ADALAH HADIS RASULULLAH SAW TENTANG WANITA....OLEH YANG DEMIKIAN BERBAHAGIALAH SEMUA WANITA BERIMAN KERANA ALLAH SWT TELAH MENGANGKAT
DARJAT KITA SETINGGI-TINGGINYA.

No comments: